aku meneruskan perjuangan mu ya RASULULLAH

perjuangan menegakkan syiar islam akan diteruskan sehingga aku di jemput rabbul jalil

Rabu, 25 November 2009

PENGALAMAN BELI KAMBING

Dicatat oleh shafiq



Assalamualaikum….
Alhamdulillah raya qorban nak dekat dah , jadi marilah kita sama-sama meningkat kan amalan didalam bulan haji yang mulia ini, Tadi penulis bersama beberapa orang rakan di jamia’h iman telah pergi membeli kambing untuk majilis qorban kali ini, dan Susana menjual kambing disini amat berlainan dengan Malaysia.




tarik cepat ikat dalam umah



sebelum bertolak








dalam lori



ni kibash



bnyk kmbng pilih ja mana mau









Jumaat, 20 November 2009

perbincangan

Dicatat oleh shafiq


ASSALAMUALAIKUM pada 18 dan 20 haribulan yang lalu kami telah mengadakn perbincangn mengenai as-sunnah dan bid’ah dan Alhamdulillah kami telah dapat khatam kan sebuah buku mengenai sunnah dan bid’ah oelh Dr. yusuf al Qardawi, perbincangn ini melibatkan ahli rumah iman dan dapur iman. Dan Alhamdulillah kami dapat bertukar2 pendapt dan maklumat dan dapt mengetahui yang mana betol dan yang mana salah.


sapa lak ni?? huhu

masa ni penulis ngh bentg

















Khamis, 19 November 2009

BENIH AMALAN PADA HAMPARAN ZULHIJJAH

Dicatat oleh shafiq










Assalamualaikum….. Alhamdulillah Zulhijjah kali ini penulis berada di bumi hikmah Yaman. Zulhijjah kali ini berada dalam musim sejuk atau pun disebut dalam bahasa arab “ شتاء”. Kita sering kali lalai dan alpa tentang kelebihan dalam bulan yang mulia lagi barakah. Dalam penulisan kali ini, penulis akan mengingatkan tentang kelebihan di dalam bulan barakah ini.

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِى شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ عَنْ أَبِى صَالِحٍ وَمُجَاهِدٍ وَمُسْلِمٍ الْبَطِينِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».
[HADITH RIWAYAT ABU DAUD]
Mafhum daripada hadith di atas ini ialah Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud, tidak ada hari yang mana amalan soleh lebih disukai oleh ALLAH daripada hari ini. Ia itu hari yang sepuluh, sahabat bertanya, wahai Rasulallah SAW walaupun jihad fi sabilillah?, berkata Rasulallah SAW: Walaupun jihad fisabilillah, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya.
     Sedikit penerangan mengenai hadith di atas:
1-      Jumhur ulamak bersepakat mengatakan bahwa hari yang sepuluh itu ialah awal sepuluh Zulhijjah
2-      Lelaki yang keluar dengan jiwa dan harta kemudian tidak  pulang dengan keduanya bermaksud mati syahid di jalan Allah.







حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ نَافِعٍ الْبَصْرِىُّ حَدَّثَنَا مَسْعُودُ بْنُ وَاصِلٍ عَنْ نَهَّاسِ بْنِ قَهْمٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ »
{HADITH RIWAYAT TARMIZI}


Mafhum daripada hadith di atas ialah Nabi Muhammad SAW bersabda : Tiada hari yang lebih disukai oleh ALLAH untuk beribadat kepadanya melainkan sepuluh awal Zulhijjah, berpuasa padanya menyerupai berpuasa setahun dan menghidupkan sepuluh malam ini seperti malam al-qadr.
Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kita pada bulan yang mulia ini. Janganlah kita melepaskan peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah azawajalla pada kita. Adakah kita yakin bahawa kita akan berjumpa Zulhijjah lagi pada tahun yang akan datang.


̍ôfxÿø9$#ur ÇÊÈ   @A$u‹s9ur 9Žô³tã ÇËÈ  
1. Demi waktu fajar;
2. dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Jumhur ulamak bersepakat mengakatakan bahwa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh di awal Zulhijjah. Dan pendapat ini paling rojih.











PELUANG HEBAT KEPADA SEMUA YANG TIDAK MELAKSANAKN IBADAH HAJI.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْجُمَحِىُّ الْبَصْرِىُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا أَبُو ظِلاَلٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ ». قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-  تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.
{hadith riwayat ibnu daud}

Mafhum dari hadith ini ialah sabda Rasulallah sesiapa yang solat subuh berjemaah kemudian duduk sambil berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari kemudian dia solat sunat 2 rakaat, maka baginya ganjaran haji dan umrah. Kemudian rasulullah SAW mengulanginya tiga kali: Seumpamanya, seumpamanya dan seumpamanya. 
subhanaAllah amat besar ganjarannya oleh itu janganlah kita melepaskan peluang ini. Marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kita pada permulaan 10 Zulhijjah yang barakah ini. Dan marilah kita penuhi hari-hari tashrik didalam bulan Zulhijjah ini dengan perbanyakkan takbir,tahlil serta tahmid.




YA ALLAH KAU TERIMALAH HAJI MEREKA PADA TAHUN INI, YA RAHMAN KAU JEMPUTLAH KAMI UNTUK MENJADI TETAMU MU PADA MUSIM HAJI PADA TAHUN DEPAN. KAU JEMPUTLAH KAMI MENJADI TETAMU MU YA LATIF. YA FATTAH SESUNGGUHNYA KAMI AMAT RINDU TERHADAP BAITULLAH DAN KAMI AMAT RINDU TERHADAP KEKASIH MU.. YA ‘AZIM KAU BERIKANLAH KESEMPATAN PADA KAMI UNTUK  PERGI KE RUMAHMU DAN KAU JEMPUTLAHLAH KAMI UNTUK MENZIARAHI MAKAM KEKASIH MU. YA ALLAH KABULKANLAH DOA KAMI INI. YA JALAL PILIH LAH KAMI SEBAGAI TETAMU MU PADA MUSIM HAJI PADA TAHUN HADAPAN, SESUNGGUHNYA KAMI AMAT BERHARAP UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI, AMIN YA RABAAL ALAMIN