aku meneruskan perjuangan mu ya RASULULLAH

perjuangan menegakkan syiar islam akan diteruskan sehingga aku di jemput rabbul jalil

Khamis, 3 Jun 2010

DEMONSTRASI DI YAMEN

Dicatat oleh shafiq


Assalamualaikum….  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan peristiwa serangan mush Allah keatas kapal yang akan membawa bahan bantuan kepada penduduk gaza, peristiwa ini amat mengejut dan menyedihkan semua pihak terutama penduduk di gaza yang amat berharap akan bantauan itu semua, piahak kementerian di yamen telah mengadakn demonstrasi atau didalam bahasa arab disebut sebagai (muzoharaoh) demonstrasi ini bertujuan mengutuk dan menunjukkan rasa tidak puas hati atas kelakaun kaum yang di laknat itu ,  dimonstrasi ini dihadiri lebih dari 6 ribu orang dan dihadiri oleh ramai ulamak dan syeikh yang terkenal anatara nya pengasas UNIVERSTI AL-IMAN, iaitu Sheikh Majid Az-Zindani. Alhamdulillah penulis juga berpeluang untuk pergi berdemonstarsi dan ini ialah beberapa gambar penulis bersama sahabat ketika di medan demonstarsi….






Sabtu, 10 April 2010

sepanjang 6 bulan di sini

Dicatat oleh shafiq








Assalamualaikum……. Alhamdulillah setelah lama tidak menulis akhirnya dapat juga penulis menulis kembali satelah selesai imtihan… penulis harap semua pembaca qalbundaie sihat dan masih menikmati nikmat iman dan islam, untuk pengetahuan penulis dua nikmat inilah nikmat paling lazat dan nikmat yang paling berharga di atas muka bumi Allah yanag fana ini…… barakaAllah hu lakum….
                Sedar tak sedar sudah setengah tahun penulis berada di bumi hikmah yamen ini…. Kerinduan kat tanah air tu makin terasa tapi nak buat macam mana sebab ini lah adat orang merantau dan mecari ilmu untuk agama… bukan setakat kerinduan pada tanah air saja tapi rndu yang paling banayak adalah kat umi, abah adik beradik dadima dan semua sanak saudara, dulu kat Mlaysia benda yang paling penulis tak suka ialah leteran kedua orang tua penulis tapi sekrang benda tu yang palaing penulis rindui, lagi-lagi leteran umi sebab umi ni memang suka beletiaq huhuhuhuhu….. dah lama tak rasa masakan umi ngn dadima bagi menulis masakan yang paling sedap sekali adoi macm2 dugann duduk jauh2 ni tapi nak wat cam mana kita terpaksa bejuang dan belajar bersungguh demi agama yang kita cintai, kita juga kena belajar bersungguh-sungguh demi seorang insan yang mulia yang bernama                              MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.W  iaitu nabi kita rasul kita keksaih kita dan juga kekasih pencipta kita. Sepanjang setengah tahun di yamen ini macam-macam pengalaman penulis dapat dan macam-macam ilmu yng penulis perolehi, Alhamdulillah sekarang bahasa arab penulis pun dah makain lancar,duduk kat Negara orang ni sahabat-sahabat lah segala-galanya dan shbt jugalah yng akn menolong kita dan mengajar kita macam perkara, dalam kesempatan ini penulis nak ucapkn terimaksih kat semua sahabat yang dah bnyak tolong penulis. Sebelum terlupa penulis nak ucapkan tahniah kat adik penulis yang Berjaya dalam SPM ( tapi igt walau pandai mcm mna pn kita jgn lupa umi ngn abah dan jagn sombong dn curhknlah ilmu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan   mabruk jiddan barakillah fikh, barakillah ala umrek barakillah ala hayatik) ok sampai disini sahaja untuk kali ini, penulis harap semua para pembaca dapat dokan penulis dan semua sahabat di bumi yaman ni yang mna kami belajar tak lain tak bukan hnya untuk memertabatkn agama islam dan ingin mengubah kerosakan dan kehinaan akhlk di Malaysia… Assalamualaikum,,,

Rabu, 17 Februari 2010

TEKA TEKI IMAM GHAZALI

Dicatat oleh shafiq

Kat sini ada teka-teki..mungkin ada yg dah biasa jumpa but then.. saja utk peringatan diri kita selalu... so lepas ni ingatla yer... :)






  # Apa yang paling dekat dengan kita di dunia?
  # Apa yang paling jauh dari kita di dunia?
  # Apa yang paling besar di dunia?
  # Apa yang paling berat di dunia?
  # Apa yang paling ringan di dunia?
  # Apa yang paling tajam di dunia?


             Pada suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul dengan
murid-muridnya,lalu Imam Al-Ghazali bertanya;pertama:"Apa yang paling
dekat dengan kita di dunia?" Murid-muridnya menjawab,"Orang tua,guru,kawan
dan sahabatnya".Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita adalah MATI!!! Sebab itu sememangnya janji
Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:85)

             Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua."Apa
yang paling jauh dari kita di dunia?" Murid-muridnya menjawab,"Negara
China,bulan,matahari dan bintang-bintang".Lalu Imam Al-Ghazali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.Tapi yang paling
benar adalah MASA LALU.Walau dengan apacara sekali pun kita tidak dapat
kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini dan hari-hari
yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

            Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang
ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-murinya
menjawab,"Gunung, bumi dan matahari"."Semua jawapan itu benar",kata
Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling besar daripada apa yang ada di dunia ini
adalah NAFSU (Al-A'araf:179).Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu
kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

            Pertanyaan keempat adalah,"Apa yang paling berat di dunia
ini?".Ada yang menjawab,"Besi dan Gajah"."Semua jawapan adalah
benar",kata Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling tepat adalah MEMEGANG AMANAH
(Al-Ahzab:72).Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah(pemimpin di dunia
ini).Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah
SWT,sehungga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat
memegang amanahnya.

            Pertanyaan yang kelima adalah ,"Apa yang paling ringan di
dunia ini?". Murid-muridnya menjawab,"Kapas,angin,debu,dan
daun-daunan"."Semua itu benar",kata Imam Al-Ghazali.Tapi yang paling ringan di dunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan,kita meninggalkan
solat.Gara-gara bermesyuarat,kita meninggalkan solat.

            Dan pertanyaan keenam ialah,"Apa yang paling tajam di dunia
ini?".Murid-muridnya menjawab dengan serentak,"Pedang"."Benar",kata
Imam Al-Ghazali.Tapi yamg paling tajam adalah LIDAH MANUSIA - kerana melalui
lidah,manusia selalunya menyakiti hati dan perasaan saudaranya sendiri.