ini lah umi yang telah menjga dan mendidik ku dari kecil sehingga sekarang... terima kasih umi
abah
ini lah abah ku yang telah bertungkuslumus membesarkan kami dan beliau juga lah selalu menasihati penulis bersama adik2 yang lain dan penulis dpt sampai kesini berkat doa abah dan umi dan berkat dari didikan mereka
Wah dah lama rasnya tak menulis, tp Alhamdulillah kerna masih di pnjangkan umur dengan 2 nikmat terbesar di dunia iaitu nikmat Islam dan Iman. Sekarang sesi pembelajaran di university AL-IMAN telah bermula. Untuk pengetahuan semua kelas kami bermula pada selepas solat subuh, sekiranya lewat beberapa minit kami akan dikira tidak hadir, penulis bersama 11 orag rakan yang lain akan keluar dari tempat tinggal kami se awal jam 4pg, musim sejuk amat menguji kami paham-paham la kan bila sejuk mesti best kalau tidoq,bila dah mula belajar di malas dan penat la musuh utama kami yang kami kena lawan . Ok setakat ini dulu penulis harap semua sanak saudara serta sahabat dapat mendoakan kejayaan penulis di bumi Yaman ini.
Beliau dikatakn sangat ekstrem dan terlalu keras didalam dakwahnya, benarkah tuduhan ini? Memang tidak dinafikan bahawa wujudnya golongan yang mengaku sebagai pendokong perjuangan syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pada hari ini yang terlalu keras dalam berdakwah, begitu mudah membid’ahkan bahkan sampai mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikuti fahaman secara yang di fahami mereka. Kita akui bahwa golongan ini tidak menepati ajaran Islam yang sebenar dalam tatacara berdakwah. Tetapi , kenapa pula syeikh Muhammad bin Abdul Wahab pula yang disalahkan?
Kita sepatutnya tidak membuat kesimpulan secara tergesa-gesa tanpa ilmu yang benar dan maklumat yang jelas, hanya berdasarkan perlakuan sekelompom manusia-manusia yang terkesan dan cuba membawa hala tuju perjuangan syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tanpa menilai perinsip dan pegangan sebenar tokoh ini. Contoh kita selalu bercakap tanpa ilmu (cuba nilai diri anda sendiri) “syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah merupakan seorang wahabi”. Anda pernah dengar kenyataan ini? Saya akan memberikan respon kepada penyataan orang yang tidak berilmu ini pada akhir tulisan ini.
Contoh yang jelas sebagai renungan kita. Perlakuan Syiah yang sangat keterlaluan dalam mengkultus dan memuliakan Syaidina Ali Ra dan para Ahlul Bait ( ada golongan Syian iaitu syiah Saba’iyyah yang mendarjatkan Syaidina Ali Ra ke tahap ketuhanan) . Kerana perlakuan mereka ini, wajarkah Syaidina Ali Ra kita persalahkan ? Pastinya jika Syaidina Ali masih hidup, beliau tidak akan bersetuju terhadap perkara ini dan aka menentangnya.
Kesimpulan :
Setiap sesuatu yang hendak kita perkatakan perlulah didasari dengan ilmu dan pemahaman yang mantap dan jelas terhadap hal tersebut . Setiap dakwaan perlulah disertakan dengan bukti yangbenar dan hujah yang kuat. Kita pastinya bersetuju dengan prinsip penelitian yang mendalam, ilmu dan kebijaksanaan serta keadilan dalam proses sesuat dalam analisa dan dakwaan. Memang tiada siapa pun maksum kecuali Baginda SAW; tapi tidak patut bagi seorang tokoh yang banyak berjasa di dalam Islam difitnah kerana kejahilan kita. Jangan kerana orang bercakap, kita pun nak bercakap sama!!
Respon terhadap pernyataan di atas:
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah lahir pada tahun 661H, 454 tahun lebih awal daripada kelahiran Syeikh Muhammad bin Abd. Wahhab. Jadi, bagaimana mungkin kita boleh mengatakan bahawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan seorang Wahabi. Wahabi merupakan gelaran kepada pendokong-pendokong perjuangan Syeikh Muhammad bin Abd. Wahhab, sedangkan Syeikh Muhammad bin Abd. Wahhab sendiri terpengaruh daengan bentuk pemikiran Ibnu Taimiyyah. Maknanya Ibnu Taimiyyah bukan seorang Wahabi. Habis, kenapa kita mengatakan Ibnu Taimiyyah seoran Wahabi? Jawapannya kita bercakap tanpa ilmu.
alhamdulillah raya haji kali ini penulis telah berada di bumi hikmah yaman.. sedih tu biasa la kan huhuhu berjauhan dengan family.. penulis ingin memohon maaf atas kelambatan post ini... apa-apa pun "eid mubarak kullu am wa antum bi khoir"